‘Jika isteri meninggal, koleksi tudungnya tidak boleh disedekahkan, jadi harta pusaka’ – Ustaz Azhar Idrus


 Wanita dan fesyen tidak dapat dipisahkan.

Walaupun sudah terkumpul banyak koleksi

di dalam almari, tetapi jiwa wanita

seringkali berasa tidak cukup.


Lantaran itu,lambakan pakaian dan tudung

tersimpan rapi begitu sahaja.


Koleksi pakaian dan tudung ini dilihat

seperti normal pada pandangan tetapi

menurut Ustaz Azhar Idrus dalam

ceramahnya, jika seorang wanita sudah

meninggal dunia, koleksi tersebut

tidak boleh disedekahkan.


Beliau mengulas tentang isu ini apabila

ada individu yang bertanyakan mengenai

koleksi tudung isterinya yang berjumlah

164 helai.


Pengadu bertanyakan jika isterinya

meninggal,adakah dia boleh sedekahkan

kesemua koleksi tudung isterinya

memandangkan kedua-dua anaknya

adalah lelaki.


"Kalau isteri dia mati, dia tidakhutang

sedekah pada orang lain tudung tu kerana

setiap benda yang bermanfaat jadi harta

pusaka. Pemikiran kita, harta pusaka ni

duit, tanah, rumah. Segala-galanya dikira

harta pusaka selagi boleh diguna dan

dipakai oleh orang lain.


"Jika semua waris setuju untuk sedekah,

baru boleh sedekah. Bila meninggal, harta

tu menjadi milik Allah sebab tu waris

tak boleh buat suka," katanya.


Menurut Ustaz Azhar Idrus lagi, bukan

mudah untuk waris menerima satu

harta pusaka dengan mudah. Waris perlu

melalui beberapa perkara seperti

menyelesaikan beberapa hutang.


"Bila jadi hak waris? Lepas melalui dua

perkara. Yang pertama bayar hutang

agama, yang kedua bayar hutang manusia.

Dan yang ketiga baru jadi milik waris,"

katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Abang Tesla Bertalu Dikecam! Isteri Pertama Akhirnya Buka Mulut – ‘Hanya Kita & Allah Mengetahui’

Bersolek untuk hari Merdeka, bapa kesal anak darjah 2 dimarah guru, nekad bersemuka

“Nasib baikla alamat ada walaupun dalam hutan, kalau tak mau demam” – Adik Grab sanggup redah hutan hantar pesanan demi abang askar