Bersolek untuk hari Merdeka, bapa kesal anak darjah 2 dimarah guru, nekad bersemuka

 

Bersempena bahang sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 bakal tiba berbaki kurang seminggu lagi, banyak sekolah sudah mulakan pelbagai program untuk menyemarakkan semangat patriotik pelajar. Ini termasuklah dengan hari memakai baju tradisional ke sekolah mengikut tema dan pilihan murid itu sendiri.


Ammara

siap rehearsal dekat

rumah sebab

katanya nak

buat catwalk depan

kawan-kawan


Namun semalam, seorang bapa di TikTok meluahkan rasa terkilan setelah anaknya, Ammara dimarahi guru kerana mengenakan solekan saat hadir ke sekolah. Ia sekaligus merosakkan kegembiraan murid darjah 2 itu yang sudah terlalu teruja sejak dari rumah lagi. Selain dimarah, guru perempuan tersebut juga mengelap kesan makeup Ammara menggunakan kain.



Guru tu cakap

“Ammara tak faham

bahasa…Mak bapak

tak bagitahu ke tak

boleh makeup”


Apa yang membuatkan si ayah kesal, guru itu telah memarahi Ammara di hadapan murid-murid lelaki yang lain tanpa budi bicara. Sedangkan dalam mana-mana grup WhatsApp kelas, ibu bapa tidak dimaklumkan tentang larangan bersolek untuk para pelajar.



Budak darjah 2 kot…

Kau bercakap dalam

perhimpunan agak-

agak dia fokus ke?


Akhirnya, Encik Shazliey bersemuka sendiri dengan cikgu berkenaan. Wanita itu kemudiannya menyalahkan guru lain yang kononnya tidak menyampaikan maklumat tepat kepada pelajarnya. Mujurlah rakan-rakan lain memujuk Ammara dan keadaan kembali tenang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Abang Tesla Bertalu Dikecam! Isteri Pertama Akhirnya Buka Mulut – ‘Hanya Kita & Allah Mengetahui’

“Nasib baikla alamat ada walaupun dalam hutan, kalau tak mau demam” – Adik Grab sanggup redah hutan hantar pesanan demi abang askar