Abang Tesla Bertalu Dikecam! Isteri Pertama Akhirnya Buka Mulut – ‘Hanya Kita & Allah Mengetahui’


Sejak kebelakangan ini, nama pempengaruh media sosial yang sinonim dengan konten kereta iaitu Abang Tesla menjadi topik hangat bualan wargamaya selepas dia mengumumkan telah bernikah sekali lagi.

Meskipun telah mendapat restu isteri pertama iaitu Nurmajdina Jamari, namun tindakan Abang Tesla tetap dikecam serta menerima kritikan bertalu-talu daripada netizen.

Hal ini kerana, netizen kurang senang dengan tindakan Abang Tesla yang menjadikan kisah perkahwinan keduanya sebagai konten. Malah, pandangan pempengaruh itu mengenai poligami juga dianggap lari daripada hukum Islam. 

Isteri pertama buka mulut

Selepas berdiam diri, akhirnya Nurmajdina membuka mulut mengenai isu hangat yang sedang diperkatakan mengenai suaminya.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Nurmajdina mendoakan agar suaminya sentiasa kuat biarpun menerima kecaman hebat netizen.

Dalam masa sama, wanita itu berharap orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Pada Jumaat lalu, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam mengejutkan pengikutnya apabila dia mengumumkan telah bernikah sekali.

Menurut Abang Tesla, perkahwinan keduanya telah mendapat restu daripada isteri pertamanya dan akui reda dengan pernikahan tersebut.

Kisah Abang Tesla telah mengundang pelbagai reaksi wargamaya serta menarik beberapa selebriti tanah air terpanggil untuk mengulas mengenai isu berkenaan.

Sumber: Instagram

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bersolek untuk hari Merdeka, bapa kesal anak darjah 2 dimarah guru, nekad bersemuka

“Nasib baikla alamat ada walaupun dalam hutan, kalau tak mau demam” – Adik Grab sanggup redah hutan hantar pesanan demi abang askar