“Nasib baikla alamat ada walaupun dalam hutan, kalau tak mau demam” – Adik Grab sanggup redah hutan hantar pesanan demi abang askar




Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, kisah tersebut dikongsi oleh seorang rider yang menghantar makanan kepada sekumpulan askar yang sedang melakukan latihan di sebuah kawasan hutan.

Bagaimanapun, menerusi klip video berdurasi 12 saat itu, tidak dinyatakan lokasi dan tarikh sebenar kejadian tersebut

Berdasarkan klip video itu, kelihatan seorang rider Get telah menghantar pesanan di sebuah kawasan semak dalam kegelapan malam.

Kemudian, muncul dua orang lelaki berpakaian separuh celoreng untuk mendapatkan pesanan tersebut.



Susulan perkongsian itu, rata pengguna memuji tindakan rider tersebut yang sanggup meredah kegelapan malam sehinggga ke kawasan hutan semata-mata memenuhi permintaan pelanggan.

"Senang abang askar sekarang.. request je walaupun duduk hutan," tulis Nathirah Muhaini.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Siti Fatimah.

"Nasib baiklah alamat ada walaupun dalam hutan, kalau tak mau demam adik Get. Apa joke servis adik Greb terbaik, jiwa kental walaupun seram," katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Abang Tesla Bertalu Dikecam! Isteri Pertama Akhirnya Buka Mulut – ‘Hanya Kita & Allah Mengetahui’

Bersolek untuk hari Merdeka, bapa kesal anak darjah 2 dimarah guru, nekad bersemuka