Abdur Rahman sebak terima Al-Quran milik arwah adik, terselit pesanan sempena hari lahir dari arwah ibu

 


Berita mengenai nahas kemalangan jalan raya di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan yang mengakibatkan seorang remaja berusia 19 tahun, Abdur Rahman Amir Ruddin kehilangan enam insan tersayang pada Jumaat lalu.


Nasib menimpa anak sulung kepada pasangan Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, yang terkorban bersama empat lagi adiknya iaitu Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5 mendapat perhatian pelbagai pihak.


Seorang lagi adiknya, Abdullah Amir Ruddin, 15, yang cedera parah masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Emergency clinic Segamat.

Sebak, serah al-
Quran hadiah
pemberian arwah ibu
buat arwah adik 
perempuan

Terbaharu, perkongsian oleh Hanif Jamaluddin di stage Facebook mengenai remaja tersebut mendapat perhatian ramai dan masing tidak dapat menahan sebak apabila melihat keadaan Abdur Rahman.



Menerusi hantaran itu, Abdur Rahman sebak ketika senaskah al-Quran hadiah pemberian arwah ibunya buat arwah adik perempuannya, Fatimatulzahrah bersempena ulang tahun ke-16 diserahkan kkepadanya

“Di atas al-Quran  
ini tertulis pesanan  
arwah ibu; Selamat 
hari lahir anakku 
yang dimuliakan. 
Tahniah Kakak! 16 
tahun sudah kakak 
bernafas dalam 
dunia ini.

“Ibu mengharapkan 
kamu diberikan 
kejayaan dalam 
kehidupan dan 
urusan dunia kamu. 
Ilmu itu Cahaya. 
Tanpa cahaya pasti 
gelap dunia. 
Timbalah ilmu 
walau dimana
 berada.

“Susah senang itu 
adat dunia. 
Berikhtiar dan 
berdoa itu “senjata
 kita. Jadilah anak 
yang solehah. InsyaAllah,”pesan arwah ibu.



Melihat ketabahan dan ujian yang terpaksa dihadapi oleh remaja itu, mereka menyifatkan Abdur Rahman seorang insan yang hebat dan yakin segala perancangan mempunyai hikmah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Abang Tesla Bertalu Dikecam! Isteri Pertama Akhirnya Buka Mulut – ‘Hanya Kita & Allah Mengetahui’

Bersolek untuk hari Merdeka, bapa kesal anak darjah 2 dimarah guru, nekad bersemuka

“Nasib baikla alamat ada walaupun dalam hutan, kalau tak mau demam” – Adik Grab sanggup redah hutan hantar pesanan demi abang askar