“Hari paling gembira menjadi hari paling duka” – Ibu tersayang meninggal selepas akad nikah
Setiap wanita mahukan hari perkahwinan yang sempurna dan diingati sepanjang hayat mereka, namun setiap segala ketentuan bukanlah di tangan kita.
Terbaru, seorang wanita terpaksa berdamai dengan takdir apabila ibunya pergi buat selamanya sejurus dia melangsungkan akad nikah.
Perkongsian oleh Mohd Asmawie menerusi laman Instagram miliknya itu meruntun hati netizen, wanita yang dikenali sebagai Ika itu merupakan teman baiknya dan dia berasa bangga dengan kekuatan yang ditonjolkan oleh Ika
“Hebat awak sis”
Video yang turut dikongsi di TikTok itu mendapat perhatian ramai, rata netizen sebak namun ramai yang kagum dengan kekuatan pengantin baru itu.
Malah, ruangan komen juga dibanjiri dengan doa untuk Allahyarhamah serta ucapan takziah kepada keluarganya.
Al-fatihah...


Ulasan
Catat Ulasan